'bukalah jendela hatimu'

installing iman....please wait

Sunday, September 25, 2011

buatmu wanita....

sambungan nukilan:sahabat sejati

teringat di saat seorang sahabat Ummu Asma' Mohd Rosli berpesan di laman sosial yg sudah menjadi penghubung yang sangat mudah dan pantas...khusus buat kaum Hawa,


•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumáƒĤAmiin ya Rabbal'alamin. Duhai muslimah, Jika kau inginkan bibir yang menawan,Ucapkanlah kata-kata penuh hikmah diiring kesantunan,Kelu bicaramu dari umpatan dan benih permusuhan,Sunyi lidahmu dari perkara yang melalaikan dan merosakkan,Basah lidahmu dalam mengalun kalimah Allah. Duhai muslimah, Jika kau inginkan sepasang mata yang indah,Basahilah ia dengan titisan mengharap redha Tuhanmu,Peliharalah pandanganmu,Dari liar melihat insan yang tidak halal buatmu,Bukakanlah ia demi ilmu dan keredhaannya, Duhai muslimah, Jika kau inginkan jasad yang baik,Berkongsilah makanan dengan orang yang lapar dahaga,Gerakkanlah ia untuk menyembah bersujud pada Allah.,Bertanggungjawab demi mengharap redha Yang Maha Kuasa,Berjalanlah dirimu dengan ilmu penuh didada tanpa rasa bangga,Dan Tutupi ia dengan pakaian yang bertepatan dengan agama, Jika kau inginkan tangan yangdiberkati, Syukurilah setiap nikmat yang diberi, Hulurkanlah pertolongen penuh keikhlasan, Agar diri berbekal amalan, Untuk menuju hidup yang berkekalan, Duhai muslimah solehah, Sesungguhnya,Kecantikan wanita itu ,Bukan pada pakaian yang dikenakan,Bukan juga pada lenggok tubuh yang sengaja dipamerkan,Bukan juga pada solekan yang mengharap perhatian,Tetapi ianya terletak pada kejernihan wajah dan hatinya,Pada kebijaksanaan dan kecerdasan fikirannya,Kecantikan wanita itu bukan pada rupa parasnya,Tetapi pada cahaya dan keikhlasan yang tergambar darinya, Kehalusan dan ketulusan yang terpancar dari jiwanya,Taqwa dan iman yang menjadi pakaiannya,Syahadah yang menjadi perhiasannya,Kelembutan dan pendirian yang menjadi perisainya,Membentenginya,Dari godaan nafsu dunia,Kerana dia wanita tulus,Yang mengharap cinta dan kasih dari Tuhannya,Dan hanya insan ‘khair’ yang bijaksana,Celik minda juga hatinya,Mampu menilai dan mentafsirkan,Permata dicelahan kaca yang berkilauan.. Seorang muslimah,Merendah diri dalam ketaatan,Tenggelam bersama pengabdian kepada Allah,Membentengi diri dengan ketaqwaan,Menghiasi peribadi dengan kesantunan,Bertutur penuh hikmah dan kebijaksanaan,Memperkemaskan diri dengan pengetahuan, Seorang muslimah,Menjalani hidup penuh kesyukuran,Mengecapi yang diperoleh penuh kesederhanaan,Menghadapi kehidupan penuh redha dan kesabaran,Menghulurkan bantuan pada insan yang memerlukan. Seorang muslimah,Terpancar dari wajahnya cahaya keimanan dan ketulusan,Terbias keunggulan peribadi dari kebijaksanaan dan ketelitian,Penuh hatinya dengan cinta kepada Allah,Rindu jiwanya tuk bertemu kekasih junjungan. Seorang muslimah,Bersiap sedia untuk berkorban,Demi agama yang dicintai,Bersiap sedia untuk berkorban,Buat insan yang dikasihi. Seorang muslimah,Jiwanya halus penuh kelembutan,Amalannya diiring istiqamah dan keikhlasan,Kerana dia mendamba cinta dari Allah.,Mengharap redha dari Rabb sekalian Alam,Merindui pertemuan dihari kebangkitan,Dengan kekasih bersifat Rahman,Dialah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang… “Sesungguhnya Akal wanita itu ibarat helaian2 yang halus..Tebalkanlah ia dengan ilmu agama dan pengetahuan agar tidak tersasar disepanjang perjalanan..Telah Allah tentukan bahawa kudrat wanita itu lemah.. Maka kuatkanlah ia dengan maruah dan kehormatan diri.. Agar tidak terjerumus kelembah maksiat dan kehinaan..Sesungguhnya pada Allah sahajalah sebaik-baik tempat pergantungan.. Diriku insan dhaif dan serba kekurangan.. Apa yang ana tulis dan sampaikan adalah untuk memperbaiki diri ana jua dan sahabat muslimah yang amat2 ku sayangi kerana Allah..

Friday, September 23, 2011

segumpal darah bernama hati....

Wahai hati...kenapa kau masih berbicara soal itu..duhai hati,aku masih belum bersedia menerima kegelisahanmu sperti ini sehinggakan aku sudah berani melafazkan apa yg terbuku pada mu,sedangkan belum sepatunya aku melafazkannya...masih bnyak perkara yang aku perlu fikirkan,amanah dlam amal islami yang belum aku hadami sebaiknya tetapi kau sudah mula memikirkan perkara yang sangat besar ini...

Ya ALLAH...aku mohon kau bimbing lah hati ini...kuatkan lah hati ini..tunjukilah jalan kepada hatiku ini..bantu aku dalam membuat keputusan,janganlah engkau biarkan aku membuat keputusan menurut hawa nafsuku.YA ALLAH,jika dengan aku mempercepatkan perkara ini baik untukku dan agamaku hr ini dan sehingga aku menemuiMU,maka permudahkanlah ya ALLAH..dan kuatkanlah hatiku untuk memelihara hatiku sehingga tiba masanya,jika urusan ini tidak baik bgku dan agamaku pd hr ini sehingga aku menemuiMU ya ALLAH,jauhkanlah hatiku ini dripadanya dan tunjukilah aku agar ku tahu bahwasanya dia bukan untuku...

ku ingin dia menjadi imamku dan zuriatku..imam yg dpat membimbing makmumnya bukan sekadar dalam solat tetapi dalam urusan kehidupan di dunia dalam meraih cinta dan redhaMU ya ALLAH...namun ya ALLAH,aku redha atas segala ketentuan serta ketetapan darimu ya ALLAH..aku sudah terlanjur berbicara dengannya tanpa perantara...aku bimbang cara ini salah dan menimbulkan fitnah dalam hati ini ataupun hatinya

ampunkan aku ya ALLAH di atas sifat dan perbuatanku yang melampaui batas....permudahkanlah rezeki dan jodohku....ku tahu mudah di sini bukan bermakna senang tetapi mudah di sini adalah di saat aku menghadapi saat sukar,aku dapat menghadapinya dengan sabar....aku tidak rela jika dia menjadi jauh daripadaMU disebabkan perbuatanku...sifatku ini menjauhkan aku dari memiliki ciri-ciri wanita solehah..wanita solehah tidak mudah meluahkan perasaannya pada seorang lelaki yg masih belum halal baginya...dia hanya akan meluahkan isi hatinya kepada 'imam' nya....Allahurabbi...adakah hatiku bermasalah..

bersambung......

nukilan:sahabat sejati

Friday, September 9, 2011

Embun hidayah...

Dua nikmat yang terbesar dalam kehidupan seorang muslim ialah nikmat iman dan islam.Tanpa dua nikmat ini,hidup seseorang itu tiada hala tuju yang jelas dan perbuatannya juga selalu akan berlandaskan hawa nafsu seterusnya bertentangan dengan landasan syariat Allah Yang Mulia.Tanpa HIDAYAH,hidup manusia akan gelap...tanpanya juga hidup manusia terdedah kepada dosa dan maksiat...Berapa besarkah makna hidayah dalam hidup anda? bayangkanlah diri dan hidup kita tanpa hidayah Allah...di mana kita sekarang jika tanpa hidayah dan petunjuk Allah...seorang pencuri pasti berasa sangat bersyukur apabila suatu hari dia mendapat hidayah agar kembali ke pangkal jalan kerana setiap orang fitrahnya adalah menginginkan kebaikan.cuma dia sendiri ingin berusaha untuk mendapatkan hidayah untuk peroleh kebaikan yang diingini atau mengikut hawa nafsu demi kepentingan dunia semata.biarlah hidup kita sentiasa dititisi dengan embun hidayah daripada Allah,kita perlu sentiasa memohon kepada ALLAH agar tidak terputus titisan embun HIDAYAH.



Setitis embunan yang jernih
Di hujung dedaunan bersih
Kemilau warnanya bagaikan
Permata disuluh cahaya

Dinginnya menyentuh di jiwa
Menyingkap jendela hati
Itulah setitis hidayah
Membasahi gersang di jiwa

Nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi
Lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari
Ia seumpama lentera di kamar diri
Terungkai segala kusut tertegak kebenaran

Tanpa mengira bangsa warna dan rupa
Tertebar petunjuk ke seluruh buana
Islamlah manusia walau di mana jua
Di timur barat selatan dan utara

Hitam putih dan kuning Islam bersaudara
Yang menyatukan semua hanya embun hidayah
Damai seluruh dunia Aman alam semesta
Embun hidayah anugerah ALLAH

Hidayah hak milik Tuhan
Kurnia tiada tara
Meniti menerusi lidah RasululLah
Zaman terus beralih
Musim terus berubah
Embun hidayah akan terus melimpah
Embun hidayah anugerah ALLAH



Album : Permata Hijjaz 1431
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Thursday, September 8, 2011

Tudung labuh oh tudung labuh...


Tudung labuh. Ada apa dengan dua perkataan ini? Kisah tudung labuh ini tidaklah cukup popular untuk digembar-gemburkan di media massa. Namun ada ketikanya a juga mampu mengundang pelbagai spekulasi malah juga mampu mencetuskan kontroversi. Tudung labuh adalah satu usaha mulia dalam mematuhi firman ALLAH yang mewajibkan setiap insan bergelar wanita yang baligh menutup aurat mereka. Melindungi mahkota yang indah dari pandangan yang bukan muhrim. Tapi apabila tudung labuh sudah dianggap sebagai satu identiti bagi ektremis islam, dan ramai yang menggunakan tudung labuh sebagai pelindung. Namun sayang, bukan untuk melindungi aurat, tapi digunakan untuk melindungi perut yang sudah buncit hasil perbuatan terlarang lagi dikutuk. Natijahnya pandangan terhadap yang bertudung labuh ini tercalar. Atas wasilah ini saya terpanggil untuk membicarakan kisah tudung labuh pada artikel kali ini. Bukan mahu menjadi srikandi membersihkan nama ‘tudung labuh’ ini yang telah tercalar. Tapi sekadar mahu berkongsi sebuah kisah tentang tudung labuh yang sempat mengambil tempat dalam hidup saya.

Sebut sahaja tudung labuh, yang tergambar adalah tudung ala-a
la ustazah, dan si pemakainya pula adalah gadis yang berlatarbelakangkan sekolah agama. Malah dengan bertudung labuh ia mampu memberi gambaran bahawa si pemakainya seorang yang alim dan setiap gerak gerinya andai ada yang salah atau melampaui akan dihukum dua kali ganda. Maksud saya bila si tudung labuh yang membuat salah, impaknya akan lebih besar, rasa terkejut orang ramai akan lebih hebat. Lebih tinggi berbanding situasi di mana pelakunya bukanlah seorang yang bertudung labuh.  Jika di institusi pengajian tinggi pula, golongan yang bertudung labuh akan turut dikaitkan dengan usrah. Apabila ada yang mahu berhijrah dari bertudung biasa kepada bertudung labuh, ia akan menjadi satu perkara yang penuh dilema. Kerana pandangan orang sekeliling yang perlu dhadapi. Cuma yang benar-benar berazam sahaja mampu melakukan revolusi ini. Ataupun mereka yang memang sejak dari sekolah menengah lagi memang sudah bertudung labuh. Tapi ironinya, bagi mereka yang bertudung biasa, apabila mahu bertukar ke selendang mahupun tudung ariani, kisahnya tidak akan jadi sesukar mereka yang mahu berpindah kepada tudung labuh. Malah ramai yang akan menyokong mereka dengan memuji mereka kelihatan lebih bergaya.
Saya mengenali seseorang yang bertudung labuh. Dia bukanlah seorang yang pernah bersekolah di sekolah agama. Malah dia juga bukanlah lahir dalam persekitaran yang mendorongnya untuk bertudung labuh. Dia juga pernah melalui zaman ‘free hair’ yakni tidak memakai tudung,kemudian dia berubah kepada memakai tudung biasa. Yang adakalanya jarang sehingga menampakkan batang tengkuk. Pendek dan tidak menutup dada. Kemudian dengan hidayah ALLAH, dia berubah kepada tudung labuh. Sedikit demi sedikit dia membeli tudung labuh, merubah cara dia bertudung. Semua dia lakukan sendiri. Walaupun ibunya sendiri adakalanya memperli, dia pekakkan telinga. Dia terus tabah dalam perubahannya. Alhamdulillah sehingga detik ini, sudah hampir 3 tahun dia bertudung labuh. Dan saya berkesempatan bertanya padanya beberapa soalan.
“Kenapa kau pakai tudung labuh eh?”
“Dulu masa aku kat intensif, ade roommate aku pakai tudung labuh. Tengok dia pakai macam cantik dan sejuk mata aku tengok. Lagipun aku suka tengok orang yang bertudung labuh. Lebih-lebih lagi budak sekolah agama. Walaupun ada antaranya yang tidaklah cantik, tapi ada seri kat wajah diorang. Bersih dan diorang nampak terpelihara. Mungkin sinar iman kot.” Dia ketawa pada hujung jawapannya.
“Kalau orang yang tak pakai tudung tak cantik ke?” Saya bertanya lagi.
“Urm, ada juga yang cantik. Ramai kot. Tapi mereka sekadar cantik. Pada pandangan aku, walaupun memang diorang cantik, tapi tiada seri. And it same goes to yang bertudung tapi jarang, singkat atau kedua-duanya sekali.” Jujur dia menjawab.
“Apa pandangan kau pada pemakaian tudung labuh?”
“Susah soalan kau ni. Aku jawab mengikut baai aku eh.”
“Boleh-boleh. Tak jadi masalah. Teruskan.” Saya memberi kebenaran.
“Pada aku, dengan bertudung labuh ni. Menunjukkan kesungguhan kita dalam menutup aurat. Berusaha semampunya mematuhi  firman ALLAH untuk melabuhkan tudung menutupi dada. Dan kebanyakan tudung labuh ini adalah tidak jarang. Jadi, insyaALLAH masalah jarang takkan timbul. Kecuali tudung puth, jadi bla nak beli tudung putih kena lebih berhati-hati. Dari segi emosi pulak, dengan bertudung labuh ni aku rasa lebih dilindungi. Wanita telah diciptakan ALLAH sebagai tarikan untuk lelaki. Bila aku tengok ada yang bertudung, tapi tidak menutupi dada sehingga menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi, aku jadi sedih. Kasihan memikirkan suami dia nanti, apa yang istimewanya kalau sekarang semua orang boleh nampak apa yang patutnya dilindungi. Dan dia juga membuka satu jalan buat syaitan sebab lelaki sangat mudah terangsang walaupun dengan perkara-perkara yang remeh.” Terluah apa yang mahu dia sampaikan.
“Jadi yang berselendang dan bertudung biasa ni tak bersungguh-sungguh ke dalam menutup aurat?” Saya cuba membuat provokasi.
“Bukan hak aku untuk menilai. Cuma kalau sudah berselendang pendek, yang jarang dan nampak tengkuk malahan telinga, di mana kesungguhannya? Padahal semua ni perlu ditutupi. Mungkin dalam fikiran mereka tertimbul satu pendirian, xpela asalkan aku bertudung. Di situlah aku nampak kurangnya kesungguhan mereka. Tapi aku taklah generalize semua yang berselendang dan bertudung biasa ni tiada kesungguhan. Mungkin ada yang baru mahu memulakan pemakaian tudung. Semoga mereka bertemu dengan cara yang betul dan ikhlas dalam bertudung. Tidak tersasar dari tujuan yang satu, iaitu menutup aurat.”
“Habis tu semua orang kena pakai tudung labuh la eh?” Saya meminta kepastian.
“Di situlah silapnya. Semua orang fikir perlu bertudung labuh. Dan bila sebut tudung labuh, timbullah segala gambaran stereotype tentang tudung labuh. Padahal bukan memakai tudung labuh yang menjadi tuntutan.” Dia cuba berkias.
“Habis tu apa?” Saya jadi kurang mengerti.
“Melabuhkan tudung itu yang penting. Bila sebut melabuhkan, pastinya tujuan adalah untuk menutupi. Jadi kain yang digunakan mestilah tidak jarang. Tak kisahlah bagi yang berselendang lilit-lilit pun, carilah selendang yang panjang dan tak jarang. Lilitlah dengan penuh kreatif agar ia labuh dan menutupi dada. Bagi yang bertudung biasa, carilah yang sesuai dengan saiz anda, janganla si tubuh besar memakai saiz yang terlalu kecil. Dan janganlah silangkan tudung tu sehingga menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi. Itu yang penting. Melabuhkan tudung tak kira jenis tudung apa yang dipakai. Dan di sinilah kelebihan tudung labuh. Sebab antara semua, tudung labuh adalah pilihan paling bernas dan efektif.”  Dia berhenti di situ dan mengakhiri mesejnya dengan senyuman.
Efektif. Hurm satu perkataan menarik yang membuat saya berfikir. Banyak maksud yang tersirat dalam perkataan ‘efektif’ ni..
sumber:

Wednesday, September 7, 2011

fitnah,fitnah dan fitnah......

Sedar tak sedar dah 57 tahun negara kita,Malaysia tercinta menyambut kemerdekaan.bila ditanya apa erti kemerdekaan sebenar kepada masyarakat berdasarkan temu bual tengok kat tv la,"merdeka ertinya kita terlepas daripada cengkaman penjajah British"...ini common punya jawapan,tapi,tapi dan tapi adakah benar kita dh terlepas dari cengkaman penjajah British yakni penjajah Barat..satu persoalan

baru -baru ni timbul isu dlam berita di tv,pasal ucapan YB Mat Sabu mengatakan beliau ni sokong komunis sebab mengatakan pejuang kemerdekaan sebenar adalah komunis yang menyerang bukit kepong,ni berita di tv yang dipaprkan beberpa hari tuk main isu,tapi betul ka itu ucapan YB yang sebenar..tapi,tapi dan tapi bukankah selalu kita tengok dalam filem Bukit Kepong yang akan ditayangkan pada musim kemerdekaan,polis di bukit kepong yang bertungkus lumus bermandi darah melawan komunis yang menyerang...sekarang fakta sejarah kemerdekaan Malaysia sudah bercanggah dengan fakta yang diwawarkan dalam buku teks yang dipelajari dan dihafal saban tahun oleh para pelajar...dann sudah berapa banyak generasi yang menerima fakta yang sama....

JOM KITA IKUTI TEKS UCAPAN SEBENAR YB MAT SABU..
http://networkedblogs.com/mD94M
panjang sangat kaalu nak di post di sinii..jd,link pun xpa kan..nanti buka ya

jika dilihat pada teks ucapannya,ini bermakna apa yang disiarkan di tv mengatakan beliau menyokong komunis hanyalah fitnah semata-mata....


Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
 Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Monday, September 5, 2011

Kapel Islamik???

47899 144036208966054 100000790283993 203405 313755 n Koleksi Gambar Muslimah IdKawanImut
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada kedan rayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

38376 133636566672685 100000790283993 156287 711109 n Koleksi Gambar Muslimah IdKawanImutbeberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. 
39919 137123266324015 100000790283993 171923 8162336 n Koleksi Gambar Muslimah IdKawanImut

Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas..
Semoga kita semua diberi kekuatan hati dalam menghadapi fitrah sebagai seorang lelaki dan wanita agar tidak terlorong ke jalan maksiat dan agar istana masjid yang dibina tidak dimulakan dengan ijab qabul yg dimurkai ALLAH..na'uzubillahiminzalik

sumber:

Sunday, September 4, 2011

Istikharah...

Setiap hari kita perlu membuat pilihan dalam kehidupan seharian samada dalam perkara kecil atau besar dan perkara remeh atau perkara penting,ALLAH mengetahui perihal kehidupan makhluk-makhluknya,melalui wahyu kepada Rasulullah,ALLAH mengajar manusia cara berdoa dan bertwakal kepadaNYA..dengan solat istikharah..ooppss..pasti ramai yang menyangka solat atau doa istikharah ini dibuat semasa hendak mencari jodoh sahaja.pastinya tidak... kita perlu sentiasa berdoa dan selalu membuat solat istikharah agar ALLAH sentiasa membantu dan memberkati dalam setiap urusan kehidupan kita



Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:

"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".

Saturday, September 3, 2011

Cahaya Iman.....

Iman... Bagaikan emas permata
Letaknya di dalam jiwa
Kemilau warnanya, bak cahaya
Menyuluh hidup seluruh manusia

Iman letaknya di hati, suburkanlah dengan ilmu
Bajainya dengan zikrullah, ia menunjukkan kita
Jalan diredhai allah
Iman harta yang paling berharga

Iman... Kurnian yang esa,
Tanpa mengira bangsa dan rupa,
Memberi benteng panghalang dosa

Orang yang teguh iman
Sabar dengan ujian
Di akhirat dia insan yang mulia



-aeman-