'bukalah jendela hatimu'

installing iman....please wait

Tuesday, November 29, 2011

sayang mak...

pembelajaran hari ni dalam kuliah histologi sangat menyentuh hati sanubari...tidak dapat menahan air mata dari mengalir kerana teringatkan mak...yang mungkin pada masa itu,mak tengah berpanas berhadapan dengan api di dapur.

hmm,jika difikirkan apa kaitan kuliah histologi dengan mak?

kuliah histologi hari ni belajar pasal pembentukan tulang rawan(cartilage) kepada tulang(bone).semasa dalam kandungan mak,kita memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang.dari mana saya dapat kalsium?
dari makanan yang mak makan.maknanya saya berkongsi nutrisi yang mak dapat.oleh sebab itu,mak akan kekurangan  nutrisinya, gigi mak menjadi sedikit rapuh kerana kekurangan kalsium.

rupa-rupanya pengorbanan mak sudah bermula sejak saya di alam rahim lagi.menggunakan segala kudrat untuk membawa saya ke mana sahaja.inilah kasih mak yang tiada tolok bandingnya...masa dalam kuliah ni,terus teringat mak yang pastinya tengah penat memasak tuk mencari sesuap nasi buat anak2 nya.pembantu suami tatkala tidak dapat turun ke laut.teringat akan tulang2 mak yang makin tidak kuat kerana terpaksa bekerja dua kali sehari..malam baru balik rumah...

inilah kaitannya,masa belajar pasal tulang.teringat pernah cakap kat mak,"mak,beli la susu minum..baik untuk tulang.beli susu anlene"...mak pun jawab,"nanti kak wani kerja beli la kat mak,bagi mak minum".

teringat ja dialog ni,sayu ja hati...mak dah banyak berkorban untuk anak-anak dengan tulang 4 keratnya...tapi jarang sekali anak-anak ingat padanya.seringkali duit yang disimpan hilang begitu sahaja tanpa tahu siapa yang mengambilnya...namun,tetap dia sabar sebab dah xmampu nak berkata apa-apa lagi dek kerana seringkali duitnya hilang...esok bekerja dan bekerja lagi..panasnya api x dihiraukan lagi..tangannya melecur kerana percikan minyak x dipedulikan lagi...mak...sabar ya mak...

sayang mak...
sabarkanlah dan kuatkanlah hati ibuku ya ALLAH
kurniakanlah dlam dirinya hidayah dan rahmat MU
jauhkanlah dia dari azab nerakaMU
kurniakanlah dia kekuatan untuk terus istiqamah melaksanakan ibadah kepadaMU
sayangilah dirinya sebagaimana dia menyayangi ku
kurniakanlah kesempatan ke atas diriku untuk membahagiakan hatinya
jadikanlah aku anak yang solehah yang sentiasa mendoakannya...

kasih mak membawa ke syurga,insyaALLAH...amin...



Saturday, November 12, 2011

'hamba' dan hidayah...

tatkala hidayah menjelma dalam kehidupan seorang 'hamba',pasti hidupnya rasa terbimbing dan di pandu ke arah kebaikan.dirinya pula akan terasa nikmat beribadah kepada yang memberikan nikmat kepadanya.
namun,adakah iman akan teruji tanpa ujian...terasa dalam diri,kadangkala hidayah itu datang dan kadangkala pergi meninggalkan 'hamba' keseorangan.


mungkin juga hidayah itu sentiasa ada di situ,x kemana-mana pun,namun 'hamba' yang terhijab dan terhalang untuk melihat hidayah itu lantas memanggil-manggilnya masuk dalam diri 'hamba' dek kerana dosa-dosa yang telah dibuat....terhalang kerana terlalu banyak titik hitam dalam hati....

sedangkan hidayah x suka tempat  yang dia nak masuk gelap ja...kotor ja...busuk ja...lambat laun dia akan panggil iman bersama-samanya untuk keluar dari diri 'hamba'..sebab iman pun x tahan lama-lama kena duk dalam tempat macam tu..

namun,hidayah ni sentiasa berniat baik...ada ruang yg dia boleh masuk dalam diri 'hamba',dia akan cuba masuk,itupun kalau 'hamba' tu terasa nak cari hidayah nak minta bantuan tuk membersihkan titik-titik hitam yang ada.

hidayah x boleh buat keputusan sendiri..sebab dia ada tuan yang akan gerakkan dia untuk masuk ke dalam kehidupan 'hamba'...jadi,'hamba' kalau nak hidayah kenala minta sungguh-sungguh kat tuan kepada hidayah...

Saturday, October 15, 2011

terima kasih sahabat.....



terima kasih sahabat menjadi sahabat sejati buatku....
tidak akan ku lupakan jasa dan pengorbanan kalian buatku...
dengan bersahabt bersama kalian,aku mengenal amanahku dalam menjadi hamba ALLAH...
adakah aku akan diberi peluang lagi bertemu dengan sehabat2 spt kalian..
xpernah jemu menasihatiku tika aku alpa..
xpernah jemu menegur tika ku lalai...
menjadi penguat untuk ku dalam menyulusuri jalan dakwah ini...
menjadi sahabat seperjuangan dalam menuntut ilmu...
di saat ku kekeringan wang..kalian tidak pernah berkira denganku
kalian sanggup berkongsi makanan denganku...walaupun mungkin makanan itu tidak cukup mengisi perut kalian...
semoga ALLAH berkati ukhuwah yang terjalin sekian lama ini...
susah senang dalam shaff yang tersusun kukuh....telah kita harungi bersama-sama...
gelak ketawa dan air mata telah d kongsi bersama...
aku sangat mengharpkan kita menjadi antara gol yg mendapat naungan arasy ALLAH d akhirat kelak kerana kasih sayang yang dibina atas redha ALLAH...bertemu dan berpisah keranaNYA...dalam shaff yang tersusun kukuh....

surat buat kakak...

kakak..kakak apa khabar..adik baik2 ja di sini...lama kan kita xjumpa.hmm..banyak yang adik nak bercerita ngan kakak.2 minggu lagi adik dah nak duduki exam PMR,jadi sekolah adik ada buat satu majlis iaitu 'RESTU',ibu bapa dijemput hadir.memang terasa la kak debaran nak exam,sedangkan preparation masih belum cukup..kakak doakan adik ya.k,sambung semula..untuk majlis tu,mak adik x dapat hadir,abah adik ja yang hadir...mula2 memang rasa sedih sebab  kalau boleh dua-dua datang untuk bagi kekuatan hati kat adik.tapi xpalah,adik redha.bila majlis berlangsung,adik duduk sebelah abah adik.majlis bermula...yang mengetuai majlis tu pengetua sekolah adik sendiri,dengar suara nya saja dah cukup menyayukan hati..sampai satu masa dia meminta setiap ibu bapa dan anak saling berpegang tangan..sedih adik kak...xdanya tangan mak yang genggam tangan adik,hanya abah.namun, genggaman abah pun sudah cukup untuk buat adik tersentuh hati..akak tahu kenapa?sebab bila adik lihat ja tangannya yang kasar tu,adik teringat penat lelah dia bekerja tanpa kira hujan atau panas,bertarung nyawa di perairan...tangannya yang kasar dan seolah2 macam bersisik kerana sering peganng  ikan dan pukat..kukunya pun tidak sebersih kuku kita kebiasannya...air mata adik sudah tidak sabar2 untuk mengalir kak..kemudian,pengetua meminta salah seorang dr ibu atau bapa dan anak saling bertentang mata..di saat itu,adik dah xdapat tahan air mata lagi dah,adik lepaskan ja kak...xdapat nak diungkapkan dengan kata2..kesusahan dan kesakitan yang dia hadapi semasa menarik pukat di laut x pernah di ungkit-ungkitkan..asalkan anak2 dapat belajar,dia xpernah benarkan adik fikir soal duit..pernah dia cakap "kakak belajr ja,pasal duit tu xpayah fikir2,tu keja abah,xda duit cakap"...terasa macam air terjun dah air mata adik masa tu kak...dari situ adik berazam untuk belajr dan berjaya dalam exam kali ni...tiba masa part majlis yang terakhir...setiap ibu bapa perlu meletakkan tangan di atas kepala anak masing-masing dan mengikut bacaan doa yang diketuai pengetua...kakak,di saat ini semangat adik jatuh dan luntur kembali..adik terfikir,tiada guna doa yang diungkapkan abah kerana abah tidak mendirikan solat..di saat itu,adik terfikir siapalah yang berdoa untuk adik..mak adik pun tidak mendirkan solat..patutkah adik fikir begitu..adik tahu mana ada ibu bapa yang x sayangkan anak2 nya dan x mendoakan kebaikan untuk anak2nya...namun adik terfikir,diterima kah doa seseorang jika dia tidak mendirikan solat..bukankah segala amalan akan sia2 jika kita x solat...sedangkan hati adik mengharpkan sangat2 doa dr mak yang dimakbulkan ALLAH..adik nak berjaya kak...sepanjang bacaan doa tu,x berhenti-henti air mata ni mengalir kak....sayu sangat hati ni kak..
beberapa hari berlalu.lepas selesai solat zohor, adik teringat kembali peristiwa dalm majlis tu...adik x sepatutnya berfikir demikian...ujian ALLAH kpda seseorang berbeza-beza kan kak...mungkin jauh dari sudut hati adik mengimpikan keluarga yang dekat dengan ALLAH,tp keluarga adik sebaliknya..ini pastinya ujian buat adik kan kak..ALLAH bg peluang adik masuk sekolah agama pasti ada sebabnya....adik perlu jadi ejen perubah dalam keluarga adik walaupun diri adik sendiri banyak sangat dosa kak..dosa2 lampau yang sering adik ingat...kakak,tolong doakan adik agar sentiasa berubah ke arah yang lebih baik ya..dan doakan semoga adik kuat untuk bawa diri adik dan keluarga adik menjadi hamba ALLAH yang diredhai....adik doakan kakak sentiasa dirahmati ALLAH...walaupun kita bukan seibu dan sebapa namun adik dah anggap kakak macam kakak adik sndri...semoga bertemu dalam warkah seterusnya..

artikel-artikel-best: Benarkah Allah Wujud??

artikel-artikel-best: Benarkah Allah Wujud??: Di pinggir sebuah bandar, seorang lelaki berbadan tegap merenung tajam lelaki tua yang berada di depannya. "Wahai ulama. Katakan kepadaku,...

Thursday, October 6, 2011

buat diriku yang terumbang ambing...'APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG'

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan... 



sumber:Qathrunnada

Monday, October 3, 2011

Pengalamanku bersama Syeikh Ahmad Yassin di dalam penjara


Oleh : Saamir Khuwairah (wartawan www.islam-online.net) yang telah menemuramah Ir. Farid Ziadah yang pernah mendiami sel penjara bersama as-syahid Syeikh Ahmad Yassin.

Ketika pihak rejim Zionis Israel memberikan peluang kepada tahanan HAMAS di penjara pusat Nablus untuk ditukarkan ke Kufr Yuna pada tahun 1994, Farid Ziadah , salah seorang aktivis HAMAS yang dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis tidak melepaskan peluang tersebut. Ini kerana itulah sahaja peluangnya untuk bertemu dengan seorang individu yang hebat yang sentiasa beliau impikan untuk bertemu dengan individu tersebut.
Ketika beliau ditemui untuk di wawancara di rumahnya di sebuah kampung yang bernama Madama di Selatan Nablus, beliau telah mengimbas kembali kenangannya bersama Syeikh Ahmad Yassin di penjara Kufr Yuna yang tidak dapat dilupakannya. Beliau telah menceritakan bagaimana sepanjang tempoh beliau bersama dengan Syeikh Yassin di dalam satu sel untuk berkhidmat kepada pejuang agung tersebut dan amat berbangga dengan tempoh yang beliau habiskan untuk khidmat tersebut.
Ziadah menceritakan: Ianya semua bermula apabila para tahanan HAMAS diberikan peluang untuk berpindah ke penjara Kufr Yuna di mana Syeikh Yassin tinggal. Saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu lebih dekat dengan Syeikh Yassin yang merupakan satu gambaran kepada mukjizat keimanan di zaman ini.
Ziadah menambah lagi : Bukan hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk bertemu dengan Syeikh Yassin , malah ramai lagi yang terdiri daripada penyokong-penyokong dan murid- murid Syeikh turut meminta untuk bersama dengannya. Keadaan ini telah memaksa anggota- anggota HAMAS di penjara pusat Nablus untuk melakukan undi bagi memilih siapa yang layak untuk dipindahkan ke Kufr Yuna demi memberikan khidmat kepada Syeikh Yassin yang amat mereka sayangi. Ditakdirkan oleh Allah, Ziadah telah terpilih untuk tugas yang mulia tersebut.
Program seharian Syeikh Ahmad Yassin di penjara

Ziadah telah menceritakan hari-hari yang dipenuhi dengan kasih sayang, kerinduan, keimanan yang dilalui olehnya bersama dengan Syeikh Yassin dan juga keperitan yang dialaminya ketika berpisah dengan Syeikh tersebut, walaupun perpisahan tersebut adalah untuk pembebasannya dari penjara. Jika anda ingin memperkatakan tentang Syeikh Yassin, anda akan memperkatakan tentang program -program hidupnya yang padat, dan seolah-olah tubuhnya yang lemah itu bukanlah bekas untuk menampung ruh dan jiwanya yang besar dan aktif tersebut.
Beliau mengatakan : Beliau sentiasa bangun pada pukul 3 pagi untuk bertahajjud, membaca al-Quran sementara menantikan solat Subuh
Al-Quran sentiasa menjadi teman karib Syeikh Ahmad Yassin
Waktu-waktu selepas solat Subuh beliau habiskan untuk bersama dengan tuhannya dengan membaca al-Quran. Waktu-waktu tersebut seolah- olah melupakan beliau terhadap kesempitan hidup beliau di penjara dan membuka keluasan rahmat Allah di hadapannya. Aktiviti tersebut berterusan sehinggalah pintu sel dibuka untuk para tahanan keluar untuk bertemu di antara satu dengan lain di dalam kawasan penjara.
Waktu tersebut digunakan oleh Syeikh untuk mengambil udara segar dan bertemu dengan para tahanan yang lain. Ziadah dan juga rakan- rakan yang lain memapah Syeikh yang ingin bersama dengan para tahanan lain yang melakukan riadah. Ia menunjukkan seolah-olah Syeikh tidak mahu menyerah dengan lumpuh yang dihadapinya, dan seolah-olah beliau ingin membuktikan kepada pegawai-pegawai penjara bahawa beliau tetap bertenaga dan tidak akan menyerah kalah.
Kami juga akan mengurut dan menggerak- gerakkan sendi-sendi Syeikh sebagai salah satu daripada rawatan terapi untuk tubuhnya yang lumpuh itu, dan kami bagai dapat merasakan darah yang mengalir itu terkandung di dalamnya semangat perjuangan yang tidak akan terpadam. Selepas itu kami akan masuk semula ke dalam sel, di mana Syeikh akan berwudhu dan bersolat dhuha, sambung beliau.
Perpustakaan yang intensif di dalam sel yang kecil
Selesai sahaja solat, Syeikh akan mengkhususkan waktunya untuk ilmu. Dia akan segera dibawa ke perpustakaan mininya yang intensif dengan pelbagai buku di dalam selnya yang kecil. Beliau tidak jemu menatapi helaian-helaian buku di perpustakaan tersebut demi menajamkan pemikirannya. Menurut Ziadah, beliau bukan hanya membaca, malah daya ingatannya yang kuat telah membolehkannya menghafal maklumat hatta isi kandungan buku-buku yang dibacanya. Beliau amat menggemari buku gal-Bidayah wa al-Nihayah(buku sejarah Islam) karangan Ibnu Kathir yang mengandungi 20 jilid. Beliau juga sering meminta pembantu-pembantunya untuk menguji ingatan dan hafalannya terhadap apa yang beliau dapat dari buku tersebut. Lebih menarik lagi, beliau ingatkan muka surat yang terkandung di dalamnya maklumat yang beliau telah baca.
Selesai aktiviti keilmuan, beliau akan bersolat Zohor bersama dengan pembantu- pembantunya, dan akan tidur selepas itu selama sejam, dan apabila beliau bangkit dari tidurnya beliau akan menghabiskan waktu menonton rancangan berita televisyen, mendengar radio dan juga mendengar nasyid-nasyid Islami. Beliau amat menggemari nasyid-nasyid Islami. Selepas aktiviti tersebut, Syeikh akan segera ke perpustakaannya kembali untuk membaca sehingga tiba waktu Asar. Selepas Asar beliau akan membaca al-Quran yang menjadi wirid hariannya. Selesai sahaja menghabiskan wirid-wirid tersebut, beliau aka n makan bersama pembantu-pembantunya. Mereka hanya makan makanan yang mereka masak sendiri sahaja dan bukan yang disediakan oleh pihak penjara. Selepas itu mereka keluar bersama untuk beriadah. Waktu riadah mereka diasingkan daripada waktu riadah banduan-banduan jenayah, agar mereka tidak bertemu dan tidak diganggu.
Syeikh akan kembali ke selnya untuk berwudhu dan mempersiapkan diri untuk solat Maghrib bersama dengan yang lain. Usai solat Maghrib mereka akan menunaikan solat sunat sambil menantikan waktu Isyak. Selesai solat Isyak, mereka akan bertadarrus dan menyemak hafalan al-Quran mereka bersama Syeikh.
Tidak untuk bermalas-malasan dan membuang masa
Syeikh tidak sukakan keadaan santai dan bermalas-malasan pada waktu malam. Beliau juga tidak suka berjaga sehingga lewat malam. Beliau juga amat sedikit meminum teh dan tidak langsung meminum kopi. Biasanya mereka akan berehat- rehat sahaja sebelum tidur.
Semangat Syeikh Ahmad Yassin membakar sehingga kini walaupun jasadnya hancur di mamah roket rejim Zionis

Beliau juga seorang yang amat mudah mesra dan suka bergurau, tetapi tidak berlebihan. Walaupun keluarganya tidak dapat menziarahinya selalu, namun beliau tidak pula merasakan kesedihan seperti kebanyakan banduan yang sentiasa merindukan ahli keluarga mereka.
Ziadah juga menceritakan bagaimana Syeikh menghidapi sakit perut dan telinganya dan sentiasa sabar menghadapinya. Telinganya juga tidak dapat mendengar dengan normal, malah para pembantunya sering memasangkan ear-phone untuk Syeikh mendengar televisyen.
Rakan penjaraku
Ziadah juga sempat menceritakan ketajaman pemikiran Syeikh Yassin dan juga keperibadiannya yang diwarnai dengan pelbagai warna politik, figur agamawan, figur intelek dan juga universalitinya. Ini semua membuatkan Syeikh mudah didampingi dan didekati oleh sesiapa sahaja.
Beliau sempat menceritakan perihal gelas kecil milik Syeikh Ahmad Yassin yang kelihatan agak lama digunakan olehnya. Bila beliau menawarkan untuk menggantikannya dengan yang baru, Syeikh segera menolak dan mengatakan gelas itulah temannya di penjara semenjak dahulu lagi. Syeikh juga mengatakan saiz gelas itu sesuai untuknya menyukat bilangan air yang diminumnya seharian. Apabila dibalas oleh Ziadah bahawa beliau akan menggantikanya dengan gelas yang baru yang sama saiz dengannya Syeikh segera menjawab : gApalah untungnya menggantikan sesuatu yang lama dengan yang baru jika yang lama masih lagi elok
Perpisahan yang memeritkan
Ketika Ziadah menceritakan saat perpisahan beliau dengan Syeikh, beliau tidak dapat mengawal emosinya, dan air matanya bagaikan empangan yang pecah tanpa dapat dihalang alirannya. Kata beliau , Ketika pengurusan penjara memberitahu bahawa saya akan dibebaskan setelah selesai menjalani dua pertiga dari tempoh tahanan saya, saya langsung tidak berminat untuk keluar sepertimana halnya banduan-banduan yang lain. Saya merasakan keberadaan bersama Syeikh Yassin di dalam penjara lebih berharga buat diri saya, namun Syeikh memberikan semangat kepada saya untuk keluar dari penjara. Akhirnya saya akur dan menurut perintah Syeikh lantas keluar meninggalkan penjara tersebut.
Saat pengumuman pembebasannya oleh pihak mahkamah yang sepatutnya diserikan dengan perasaan kegembiraan bertukar kepada tangisan kesedihan kerana tidak sanggup menghadapi saat perpisahan dengan Syeikh Ahmad Yassin.
Seminggu sebelum tarikh pembebasannya dia berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu dari Syeikh, namun semuanya berkecai apabila dia diperintahkan untuk dibebaskan dengan segera. Beliau walaubagaimanapun enggan meninggalkan Syeikh selagi pihak penjara tidak menghantar pembantu baru untuk Syeikh. Apabila seorang pembantu baru yang didatangkan dari penjara lain dihantar kepada Syeikh Yassin, barulah dia dapat meninggalkan Syeikh tersebut.
Saat perpisahan yang dilaluinya amat sedih dan pilu dan tidak mungkin beliau melupakannya. Dia masih terbayangkan bagaimana Syeikh Ahmad Yassin telah menyuruhnya pergi selepas beliau memeluk Syeikh dan tenggelam di dalam tangisannya. Susuk tubuh Syeikh melambaikan tangannya di lapang riadah masih terbayang di dalam kotak pemikirannya sehingga kini. Perpisahan kali pertama itu tidak akan dapat dilupakan sepertimana dia tidak melupakan perpisahan kali kedua apabila tubuh Syeikh Ahmad Yassin hancur dimamah roket tentera Israel.
Syeikh yang kuat berpuasa
Bukan hanya Ziadah seorang sahaja yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin. Sameeh Alawi, seorang anggota HAMAS dari Nablus juga pernah berkhidmat untuk Syeikh di dalam penjara selama 100 hari. Hari-hari bersama Syeikh Ahmad Yassin adalah saat-saat yang paling indah dalam hidupnya, walaupun sepanjang 100 hari tersebut mereka ditempatkan di dalam sel yang amat kecil yang tiada cahaya matahari dapat menerobos masuk ke dalamnya.
Sameeh ketika menceritakan perihal Syeikh Ahmad Yassin telah mengatakan : Syeikh akan bangun pagi dua jam sebelum solat Subuh untuk menunaikan Qiyamullail. Di siang harinya pula beliau amat rajin berpuasa. Beliau tidak ketinggalan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Beliau juga banyak menghabiskan waktunya untuk membaca al-Quran, dan mendengarnya bersama dengan para pemuda di penjara. Syeikh membaca 3 juzuk dalam sehari dan mendengar bacaan al-Quran sejuzuk sehari. Syeikh amat gemar membaca buku al-Bidayah wa al-Nihayah, mendengar berita dan juga menonton rancangan-rancangan agama di T.V.
Menurut Alawi lagi : Para pemuda di penjara berlumba-lumba untuk berkhidmat kepada Syeikh. Mereka juga gemar mendengar kata-kata dan juga nasihat-nasihat Syeikh. Walaupun beliau tidak banyak bercakap, namun kata-katanya yang sedikit itu penuh dengan hikmah dan pengajaran.
Antara mereka yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau di dalam penjara ialah Syeikh Diyaf al-Samur dari Ramallah, di mana Syeikh telah menulis surat kepadanya dengan menggunakan tulisan tangannya sendiri dengan penuh kepayahan. Ini kerana Syeikh amat sayangkan beliau. Antara yang lain juga ialah Syeikh Naaji Sinqrit dari Khalil (Hebron), Syeikh Sameeh Zainuddin, seorang akauntan dari Bait Lid berdekatan dengan bandar Netanya, Syeikh Nidhal Abu Saadah dari Bait Dujan, dan juga Ir. Farid Ziadah dari Madama.
Hatta pegawai penjara pun sukakan Syeikh Yassin
Syeikh bukan hanya disukai oleh para pemuda muslim yang bersama dengannya, yang lebih menarik lagi, para pegawai penjara Israel yang berketurunan Yahudi pun ada yang mengkagumi dan menyukai beliau. Antaranya ialah salah seorang pegawai penjara yang merahsiakan namanya telah mengatakan : Saya tidak melihat apa-apa pun pada peribadi Syeikh Yassin yang menunjukkan beliau seorang pengganas.
Saya merasakan ketenangan dan juga berasa senang sekali jika dapat mengawalnya, hatta apabila berdiri berdekatan dengannya pun. Inilah yang mungkin dapat dirasakan oleh para pemuda yang telah berkhidmat kepadanya
Beliau menambah : Saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau (Syeikh) di dalam penjara ketika beliau bersama rakan-rakanya. Dan saya dapat merasakan bahawa HAMAS akan mengamuk jika Syeikh ini diapa-apakan oleh sesiapa pun. Beliau adalah bapa spiritual kepada HAMAS!. (Kenyataan ini telah dinyatakan oleh pegawai berkenaan di dalam sebuah rancangan Talk Show di salah sebuah rangkaian Televisyen Israel pada malam Sabtu 3 / 4 / 2003).

SUMBER:http://palestinkini.info/?p=427