'bukalah jendela hatimu'

installing iman....please wait

Friday, June 15, 2012

Kenangan Sang Murabbi...

Salam perjuangan dan kasih sayang buat saudara/i seislamku...

Saat mejelangnya maghrib 14 Jun 2012, hati ini bergetar dan berasa sayu dengan berita pemergian seorang Murabbi Tarbiyah di bumi Kelantan nun jauh di sana.Ikut kata hati, ingin saja kaki ini melangkah menuju ke bumi barakah Kelantan pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.Berita ini sangat meruntun hati ini menerima pemergian seorang mujahid, seorang muharik, seorang murabbi yang pastinya bukan saya seorang yang merasai perasaan begini bahkan seluruh ahli gerakan Islam yang mengenali beliau.

Melihat wajahnya sudah cukup menenangkan hati serta menghidupkan hati yang gersang dengan tarbiyah.Tutur bicaranya sarat dengan semangat perjuangan menggerakkan Islam, beliau sering mengingatkan tentang akhlak-akhlak sebagai ahli gerakan Islam.Walaupun badannya kelihatan uzur, namun semangat serta keseriusan beliau dalam bicara seolah-olah menafikan umur serta tubuh badan beliau yang sudah kelihatan uzur.Teringat Syeikh Ahmad Yassin yang hanya mampu bergerak dengan kerusi roda namun tutur katanya mampu menggerunkan musuh-musuh Allah.

Sejarah pendidikan dan perjuangan sang Murabi Tarbiyah : Ustaz Yahya Othman

"Beliau mendapatkan pendidikan di Timur Tengah dan pernah diasuh secara sistematis oleh Ikhwanul Muslimin.Beliau mewakafkan diri untuk perjuangan Islam semenjak zaman muda sehinggalah tubuhnya mula disengat penyakit namun masih tidak menguzurkan diri di medan amal Islami. Kertas kerja tarbiah Ustaz Yahya Othman sering kita lumati dalam program tarbiah, bahkan dada kita turut terisi dengan penyampaian beliau yang tegas. Beliau adalah anak didik kepada Sheikh Kamal Saniri, tokoh Ikhwanul Muslimin yang telah mengalami pemenjaraan dan akhirnya mati syahid akibat disiksa oleh regim thaghut Mesir. Jika menziarahi bumi Jordan, biasanya Dr Muhammad Said Hawwa (anak Sheikh Said Hawwa) akan menjemput beliau di lapangan terbang. Beliau mempunyai kenangan kolektif bersama Sheikh Said Hawwa dan tokoh-tokoh besar Ikhwan yang terbuang di merata tempat, termasuk akrab dengan Dr Kamal Helbawi dan Dr Mehdi Akif.

Ustaz Yahya mendapat pendidikan di Mekah, antara pelajar genius yang disayangi oleh guru-guru di Masjidil Haram, beliau menyambung pengajian di Iraq seterusnya di Universiti al Azhar sehingga mendapat MA (Sarjana). Beliau sangat menyintai dunia pendidikan, sehingga jasanya ada di belakang penubuhan YPTIK, Maahad Tahfiz Pulai Condong, KIAS, Kolej An Nur, Maahad Darul Quran Machang dan pelbagai institusi pendidikan Islam di Kelantan bahkan negara ini. Akses beliau dengan Universiti al Azhar begitu sekali baik, ini adalah kerana latarbelakang pendidikan dan jaringan yang dimiliki oleh beliau ketika aktif di dalam gerakan belia Islam antarabangsa. Tidak pelik jika apabila PAS memenangi Kelantan pada tahun 1990, beliau diamanahkan sebagai exco Pendidikan negeri Kelantan. Beliau menjadi ADUN Banggol Judah dan pernah bertanding di Parlimen Pasir Puteh pada tahun 1978.

Sang Murabbi ini mengabadikan hidupnya untuk mencetak kader dakwah, memesrai anak muda supaya menjadi amilin yang menyambung risalah perjuangan Islam. Dirinya adalah mercu keteladanan kepada kita kerana kata-katanya dibenarkan dengan tindakan dan amalan, beliau bergulat dengan perjuangan secara serius semenjak tahun 70an lagi. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai exco WAMY serta ahli majlis Syura ABIM saat ABIM adalah gerakan simbiosis kepada PAS dalam dekad 70an. Almarhum juga adalah tokoh ulama PAS Pusat yang juga begitu akrab dengan tokoh-tokoh besar Ikhwanul Muslimin. Di saat kebangkitan Islam menyelimuti dunia Islam, bahkan negara ini juga tidak terkecuali, Ustaz Yahya Othman bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam. Saat itu, kesan daripada percikan kebangkitan Islam, negara dahagakan sentuhan ulama-ulama haraki dan beliau sebaris namanya dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Wan Mustapha Rusdi, Ustaz Awang Nasruddin Abu Bakar dan nama-nama besar lain penggerak tarbawi. Tidak menjadi rahsia bahawa kesan daripada tarbiah beliau kepada ahli PAS terutama pemuda PAS di penghujung dekad 1970an dan awal 80an, akhirnya berlaku transformasi kepimpinan pada tahun 1982 yang dikenali sebagai kepimpinan ulama.

Almarhum bukan sahaja menjadi tenaga pengisi penting untuk program pelajar dan pemuda dalam negara tetapi juga sentiasa diundang ke luar negara termasuk di United kingdom dan US. Perawakan lembut tetapi tegas, hujjahnya sentiasa disepuh ayat-ayat Allah dan hadith Nabi SAW. Dasawarsa 70an dan 80an adalah zaman subur merendang dan meranum hijau dengan usrah, tamrin, daurah, jaulah, ijtimak dan sebagainya, semua program ini begitu sinonim dengan beliau. Bahkan, PAS berjaya merubah kepimpinan pada tahun 1982 (transformasi kepimpinan) adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan pembinaan. Kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS berjaya direalisasikan akibat hidupnya gerakan tarbiah yang berterusan, juga akibat generasi peserta kebangkitan Islam yang begitu membuncah ghairah untuk melihat PAS menjadi gerakan Islam yang bergerak di atas kefahaman ahli bukan semangat yang meledak-ledak kosong. Almarhum juga di belakang penubuhan ILHAM dan juga menggerakkannya."
sumber penulisan : Ustaz Riduan Mohd Nor

Benarlah sabda hadis Nabi Muhammad s.a.w :

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
(hadis riwayat muslim)

.

'Allah tidak menghilangkan ilmu itu dari dada-dada manusia tetapi dengan mematikan para ulama'

-Tuan Guru Nik Aziz sendiri yang mengimamkan solat jenazah Ustaz Yahya Othman, sahabat seperjuangan beliau-



Tiada apa yang menjadi milik kita di dunia ini, setiap yang hidup pasti akan mati. Namun, ruh perjuangan sang Murabbi ini tetap akan berbekas di hati-hati ahli gerakan Islam bukan sahaja di bumi Malaysia bahkan ahli-ahli gerakan Islam di Timur Tengah. Walaupun beliau sudah tiada lagi, ilmu-ilmu serta kata-kata perjuangan beliau akan terus diingati dan disemati dalam setiap jiwa ahli gerakan dalam meneruskan agenda perjuangan Islam di Malaysia.

Di saat-saat akhir hayat beliau, masih beliau menitipkan dan meninggalkan mutiara berharga buat umat...


"Kematiannya sangat menginsafkan diri ini yang tandus dengan ruh-ruh tarbiyah, ingin aku menjadi salah seorang dari mata rantai perjuangan nabi yang mana  sang murabbi ini juga mewarisinya".

"Ya Allah, tetapkanlah diriku dalam perjuangan Islam dan bersama orang- orang yang soleh serta satukanlah hati-hati kami umat Islam"

Monday, December 26, 2011

subhanallah...hebatnya aturan Allah

hebatnya aturan Allah dalam setiap penciptaannya..membelakangi teori-teori sains.Sains yang selari dengan bukti-bukti penciptaanNYA..ini bermakna,ada juga teori-teori sains yang tidak selari dengan al quran yang perlu ditolak hujah dan teori..tetapi sekiranya teori itu selari dengan al quran dan sunnah,pastinya itu membuktikan betapa hebat penciptaan Allah..

jom kita ikuti antara kehebatan ALLAH dalam mengatur sistem dalam badan manusia...

Glucose metabolism is the digestion of carbohydrate food, the first nutrient that extracts out is glucose (or sugar), and it is dumped into the bloodstream.

What are carbohydrates?
Carbohydrates are sugars and starches, provides energy to the body needed for its various activities. Energy can also be from the fats we eat. Some common carbohydrate sources are bread, potatoes, rice, pasta, cereals, and sugars.

What is Glucose (Carbohydrate) metabolism?

Carbohydrate metabolism
Digestion - Carbohydrate Metabolism
Digestion of carbohydrates is by both mechanical (chewing in the mouth) as well as chemical (enzyme’s secretion by the body) process of digestion.

Once the food reaches the mouth, saliva secretion contains an enzyme (amylase or ptyalin secretion by parotid glands) that begins the breakdown of carbohydrate. This breakdown process continues, and glucose separates in the stomach. Once the food reaches small intestine, glucose absorption takes place and dumps it into the bloodstream for our energy needs.

Pancreas Glucose Metabolism
After digestion, the small intestine absorbs the available glucose in the food and released into the bloodstream. Thus, the blood-glucose level in the blood rises; the pancreas senses this and responds by releasing proportional amounts of insulin. Human Insulin is a chemical messenger (a hormone).

Glucose consumption by body cells
Insulin in blood comments:
-the liver has to stop releasing glucose into the bloodstream,
-the body cell has to start consuming glucose from the bloodstream.

Liver in Glucose Metabolism
Once the necessary glucose consumption is over and if there, is any excess glucose still available in the bloodstream then liver start converting it into glycogen and stored for the future needs.

Glycogen to glucose conversion
If we are not taking our food in time and the body cells needs energy, then liver start converting back the stored glycogen into glucose and releases it into the bloodstream.

Glucose metabolism and diabetes - If there is any problem or deficiency in the glucose metabolism - whether it is glucose absorption, insulin secretion, glucose use, glucose storage, or releasing stored glucose. This minor deficiency in glucose metabolism will slowly develop diabetes

sumber: http://healthy-ojas.com/diabetes/carbohydrate-metabolism.html

setiap hormon sudah tahu tugas dan peranan masing-masing,bila tiba masa untuk dia bertindak,dia akan bertindak...dia akan cuba untuk harmonikan tugas sahabat-sahabatnya yang lain,jika terlebih apa yang akan dibuat,jika terkurang dia tahu untuk bertindak....
namun,jika manusia memakan makanan yang tidak berkhasiat,sistem dalam badan akan terganggu menyebabkan gerak kerja mereka juga terganggu sebab manusia tidak makan mengikkut peraturan yang sepatutnya dalam pemakanan yang boleh menjadi racun  atau penyakit dalam badan.Kesannya,badan akan sakit...

begitu juga diibaratkan,manusia yang tahu tugas dan peranannya sabagai hamba Allah,dia akan melaksanakan amanah dengan sebaiknya bahkan akan menolong orang lain untuk melaksanakan gerak kerja islam..dia akan tolong orang lain yang tidak faham islam sehingga faham peranan dan tanggungjawab mereka sebagai khalifah dan hamba Allah.namun,bila peraturan Allah tidak diikuti,larangan Allah yang banyak dilaksanakan,hati akan menjadi semakin gelap.kegelapan hati ini yang menjadi 'racun' atau 'virus' dalam nak memahami seterusnya melaksanakan amanah sebagai hamba Allah...

-alhamdulillah saya memahami perkara ini dalam jemaah islam-



Sunday, December 25, 2011

lebarkan kesyukuran....

malam berlabuh menutup tirai kegelapan,
siang menanti sabar membuka tirai kembali,
menerangi bumi yang gelapnya dengan dosa-dosa manusia,
Pemurahnya ALLAH...

subur padi di sawah yang menghijau,
dibajai dengan siraman air mata kesyukuran,
kekadangnya tidak muncul air mata itu,
kerana tenggelamnya kesyukuran,
namun,padi tetap menghijau mengikut musim...
Penyayangnya ALLAH...

JOM sejenak berfikir..mengingatkan nikmat dan rezeki yang ALLAH bagi setiap hari.Rezeki bukan sekadar bermakna nikmat makanan yang kita peroleh,sempitnya pemikiran kita sekiranya itu yang kita fikir.sedangkan nikmat atau rezeki ini adalah setiap inci yang ada dalam kehidupan kita.

ketenangan hati adalah rezeki,
keikhlasan adalah rezeki,
kefahaman adalah rezeki,
kebahagian jiwa adalah rezeki,
hidayah Allah adalah rezeki
jadi baik adalah rezeki,
musibah dan ujian adalah rezeki,
kesihatan yang  baik adalah rezeki,
kesakitan adalah rezeki,
kecemerlangan adalah rezeki,
oksigen adalah rezeki,

kesusahan juga adalah rezeki....pelik...???
kenapa pulak begitu kan?

apa yang kita buat bila kita berada dalam kesusahan?
mesti kita ingat Allah kan walaupun kadang2 di saat senang kita tidak mengingatiNYA,tetapi di saat susah pasti akan minta tolong kepadaNYA...di saat itu,hati hanya bergantung kepada Allah,mungkin pada masa itu juga hati khusyuk mendirikan solat,moga-moga masalah dapat diselesaikan.itulah nikmat dan rezeki yang Allah bagi.tatkala susah ingat juga pada NYA...mungkin juga pada masa itulah baru kita memikirkan dosa-dosa yang dah dilakukan.muhasabah diri..itulah rezeki.Allah bagi peluang untuk membersihkan diri.

bagaimana untuk menyatakan apa yang ada dan diberi kepada diri kita adalah rezeki bergantung kepada cara penerimaan kita...orang yang sabar menerima ujian dengan tenang walaupun berat ujian yang diberi,dia akan menganggap sabar itu rezeki Allah bagi,tarbiyyah langsung daripada Allah.Allah nak didik dia agar sabar....

tetapi,bagi yang gagal menerimanya dengan baik.dia akan mengganggap ujian itu sebagai satu kerumitan dan kesulitan yang amat sangat sehingga tidak dapat menjumpai jalan keluar.jalan keluar dah terbentang di hadapan mata...namun,hati yang gelisah dan tiada pergantungan kepada Allah menjadikan dia terhijab untuk melihat jalan di hadapan..na'uzubillah...

teringat kuliah dari dr MAZA:

"jika Allah hendak memberikan kebahagian kepada seseorang,ia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun,jika Allah hendak menghalang kebahagian seseorang,ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun"

"Jika Allah menguruskan kehidupan kita,dan tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata.dunia boleh buat apa-apa sahaja,tetapi mereka x boleh cabar kebesaran Allah."

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang kita sangka tewas,kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah,apa yang orang rasa rugi,Allah akan berikan keuntungan dari mana-mana jalan yang manusia x sangka,tapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan"

~pohonlah kita mendapat nikmat dan rezeki seperti ini~



semoga kita semua tergolong menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan apa yang kita ada...
'tidak salah untuk meminta apa yang belum ada,tetapi bersyukur juga dengan apa yang dah ada'

حسبنا الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم انصير

Tuesday, December 20, 2011

You Came to me....

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me, took my breath away
Showed me the right way, the way to lead
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you



  allahuma salay alla sayiddina mustafa
ala habibika nabika mustafa


You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without you what would my life mean
To not know the unseen?, the worlds between
For you I’d sacrifice, for you I’d give my life
Any thing just to be with you
I feel so lost at times by all the hurt and lies
Now all I want is to be with you



allahuma salay alla sayiddina mustafa
ala habibika nabika mustafa



Showed me right from wrong
Told me to be strong
Need you more than ever ya rasulallah
You came to me in that hour of need
Need you more than ever ya rasulallah
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you



allahuma salay alla sayiddina mustafa
ala habibika nabika mustafa



Artist: Sami Yusuf

Album:
Produced: ETM International
Copyright: ETM International 2009
You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me, took my breath away
Showed me the right way, the way to lead
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you



  allahuma salay alla sayiddina mustafa
ala habibika nabika mustafa


You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without you what would my life mean
To not know the unseen?, the worlds between
For you I’d sacrifice, for you I’d give my life
Any thing just to be with you
I feel so lost at times by all the hurt and lies
Now all I want is to be with you



allahuma salay alla sayiddina mustafa
ala habibika nabika mustafa



Showed me right from wrong
Told me to be strong
Need you more than ever ya rasulallah
You came to me in that hour of need
Need you more than ever ya rasulallah
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you



allahuma salay alla sayiddina mustafa
ala habibika nabika mustafa



Artist: Sami Yusuf
Album:
Produced: ETM International
Copyright: ETM International 2009

ya Rabb...make me strong


I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free

I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works

Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges

Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works

I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Sunday, December 18, 2011

Ya Allah...........( Dr. Aidh al-Qarni ( 2 ))

Betapapun kulukiskan keagungan-Mu dengan deretan huruf ,
 kekudusan-Mu tetap meliputi semua
Engkau tetap Yang Maha Agung ,
sedang semua makna , akan lebur , mencair ...
 di tengah keagungan-Mu wahai Rabku .

Ya Allah .......
gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan ,
jadikan kesedihan itu awal kebahagian ,
dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram .

Ya Allah......
dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan ,
dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan .


Wahai Rabb.....,
anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini
rasa mengantuk dari-Mu yang mententeramkan .
Tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian .
Dan , ganjarkan dengan kemenangan yang nyata .

Wahai Rabb ....,
 tunjukkan pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-Mu .
Bimbingkanlah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-Mu yang lurus .
Dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu
merapat ke hidayah-Mu .

Ya Allah....
 sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang memancar terang ,
dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran .
 Hempaskan semua tipu daya setan dengan bantuan bala tentera-Mu .

Ya Allah....
sirnakan kami dari rasa pedih dan duka ,
dan usirkanlah kegundahan dari jiwa kami semua .
Kami berlindung kepada-Mu dari setiap rasa takut yang mendera .

Hanya kepada-Mu kami bersandar dan bertawakal .
Hanya kepada-Mu kami memohon ,
dan hanya dari-Mu lah semua pertolongan .
Cukuplah Engkau sebagai pelindung kami ,
karena Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong .

Allah :
 nama yang paling bagus ,
susunan huruh yang paling indah ,
ungkapan yang paling tulus
dan kata yang sangat berharga .

Apakah kamu semua tahu ada seseorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah) ? (Maryam: 65)

Allah :
milik-Nya semua kekayaan ,
keabdian , kekuatan ,
pertolongan , kemuliaan ,
keampunan dan hikmah .

Milik siapakah kerajaan pada hari ini ? Milik Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan (Ghafir: 16)

Allah dari-Nya semua kasih sayang , perhatian , pertolongan , bantuan , cinta dan kebaikan .

Dan , apa saja nikmat yang ada pada kamu , maka dari Allah-lah (datangnya) . (An-Nahl: 53)

Allah pemilik segala keagungan , kemuliaan , kekuatan dan keperkasaan .

Maka berpegang teguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang yang bersyukur . (Al-A'raf: 144)

Ya Allah.......... ( Dr. Aidh al-Qarni )(1)






Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-Nya . Setiap waktu Dia dalam kesibukan .
 (Ar-Rahman: 29)






Ketika laut bergemuruh , ombak menggunung ,
dan angin bertiup kencang menerjang ,
semua penumpang kapal akan takut dan menyeru:
 "Ya Allah!"

Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir ,
 kenderaan menyimpang jauh dari jalurnya ,
dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya ,
 mereka akan menyeru:
"Ya Allah!"

Ketika musibah menimpa ,
 bencana melanda , dan tragedi terjadi,
mereka yang tertimpa akan selalu berseru:
"Ya Allah!"

Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan ,
setiap jalan terasa menyempit , harapan akan putus ,
 dan semua jalan pintas membuntu , mereka pun menyeru:
 "Ya Allah!"

Ketika bumi terasa menyempit dikarenakan himpitan persoalan hidup ,
 dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus anda pikul ,
 menyerulah:"Ya Allah!"

Kuingat Engkau saat alam begitu gelap gulita ,
 dan wajah zaman berlumuran debu hitam
Kusebut nama-Mu dengan lantang di saat fajar menjelang ,
dan fajar pun merekah seraya menebar senyuman indah .

Setiap ucapan yang baik , doa yang tulus ,
 rintihan yang jujur , air mata yang menitis penuh keikhlasan ,
 dan semua keluhan yang menggundah gulanakan hati adalah hanya pantas
 ditujukan ke hadirat-Nya .

Setiap dini hari menjelang , tadahkanlah tangan ,
 julurkan lengan penuh harap ,
dan arahkan terus tatapan matamu
ke arah-Nya untuk memohan pertolongan!

Ketika lidah bergerak ,
 tak lain hanya untuk menyebut ,
 mengingat dan berzikir dengan nama-Nya .
 Dengan begitu , hati akan tenang , jiwa akan damai , saraf tak lagi menegang ,
dan iman kembali berkobar-kobar .

Demikianlah , dengan selalu menyebut nama-Nya ,
keyakinan akan semakin kukuh . Karena ,

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya (Asy-Syura: 19)


Tuesday, November 29, 2011

sayang mak...

pembelajaran hari ni dalam kuliah histologi sangat menyentuh hati sanubari...tidak dapat menahan air mata dari mengalir kerana teringatkan mak...yang mungkin pada masa itu,mak tengah berpanas berhadapan dengan api di dapur.

hmm,jika difikirkan apa kaitan kuliah histologi dengan mak?

kuliah histologi hari ni belajar pasal pembentukan tulang rawan(cartilage) kepada tulang(bone).semasa dalam kandungan mak,kita memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang.dari mana saya dapat kalsium?
dari makanan yang mak makan.maknanya saya berkongsi nutrisi yang mak dapat.oleh sebab itu,mak akan kekurangan  nutrisinya, gigi mak menjadi sedikit rapuh kerana kekurangan kalsium.

rupa-rupanya pengorbanan mak sudah bermula sejak saya di alam rahim lagi.menggunakan segala kudrat untuk membawa saya ke mana sahaja.inilah kasih mak yang tiada tolok bandingnya...masa dalam kuliah ni,terus teringat mak yang pastinya tengah penat memasak tuk mencari sesuap nasi buat anak2 nya.pembantu suami tatkala tidak dapat turun ke laut.teringat akan tulang2 mak yang makin tidak kuat kerana terpaksa bekerja dua kali sehari..malam baru balik rumah...

inilah kaitannya,masa belajar pasal tulang.teringat pernah cakap kat mak,"mak,beli la susu minum..baik untuk tulang.beli susu anlene"...mak pun jawab,"nanti kak wani kerja beli la kat mak,bagi mak minum".

teringat ja dialog ni,sayu ja hati...mak dah banyak berkorban untuk anak-anak dengan tulang 4 keratnya...tapi jarang sekali anak-anak ingat padanya.seringkali duit yang disimpan hilang begitu sahaja tanpa tahu siapa yang mengambilnya...namun,tetap dia sabar sebab dah xmampu nak berkata apa-apa lagi dek kerana seringkali duitnya hilang...esok bekerja dan bekerja lagi..panasnya api x dihiraukan lagi..tangannya melecur kerana percikan minyak x dipedulikan lagi...mak...sabar ya mak...

sayang mak...
sabarkanlah dan kuatkanlah hati ibuku ya ALLAH
kurniakanlah dlam dirinya hidayah dan rahmat MU
jauhkanlah dia dari azab nerakaMU
kurniakanlah dia kekuatan untuk terus istiqamah melaksanakan ibadah kepadaMU
sayangilah dirinya sebagaimana dia menyayangi ku
kurniakanlah kesempatan ke atas diriku untuk membahagiakan hatinya
jadikanlah aku anak yang solehah yang sentiasa mendoakannya...

kasih mak membawa ke syurga,insyaALLAH...amin...



Saturday, November 12, 2011

'hamba' dan hidayah...

tatkala hidayah menjelma dalam kehidupan seorang 'hamba',pasti hidupnya rasa terbimbing dan di pandu ke arah kebaikan.dirinya pula akan terasa nikmat beribadah kepada yang memberikan nikmat kepadanya.
namun,adakah iman akan teruji tanpa ujian...terasa dalam diri,kadangkala hidayah itu datang dan kadangkala pergi meninggalkan 'hamba' keseorangan.


mungkin juga hidayah itu sentiasa ada di situ,x kemana-mana pun,namun 'hamba' yang terhijab dan terhalang untuk melihat hidayah itu lantas memanggil-manggilnya masuk dalam diri 'hamba' dek kerana dosa-dosa yang telah dibuat....terhalang kerana terlalu banyak titik hitam dalam hati....

sedangkan hidayah x suka tempat  yang dia nak masuk gelap ja...kotor ja...busuk ja...lambat laun dia akan panggil iman bersama-samanya untuk keluar dari diri 'hamba'..sebab iman pun x tahan lama-lama kena duk dalam tempat macam tu..

namun,hidayah ni sentiasa berniat baik...ada ruang yg dia boleh masuk dalam diri 'hamba',dia akan cuba masuk,itupun kalau 'hamba' tu terasa nak cari hidayah nak minta bantuan tuk membersihkan titik-titik hitam yang ada.

hidayah x boleh buat keputusan sendiri..sebab dia ada tuan yang akan gerakkan dia untuk masuk ke dalam kehidupan 'hamba'...jadi,'hamba' kalau nak hidayah kenala minta sungguh-sungguh kat tuan kepada hidayah...

Saturday, October 15, 2011

terima kasih sahabat.....



terima kasih sahabat menjadi sahabat sejati buatku....
tidak akan ku lupakan jasa dan pengorbanan kalian buatku...
dengan bersahabt bersama kalian,aku mengenal amanahku dalam menjadi hamba ALLAH...
adakah aku akan diberi peluang lagi bertemu dengan sehabat2 spt kalian..
xpernah jemu menasihatiku tika aku alpa..
xpernah jemu menegur tika ku lalai...
menjadi penguat untuk ku dalam menyulusuri jalan dakwah ini...
menjadi sahabat seperjuangan dalam menuntut ilmu...
di saat ku kekeringan wang..kalian tidak pernah berkira denganku
kalian sanggup berkongsi makanan denganku...walaupun mungkin makanan itu tidak cukup mengisi perut kalian...
semoga ALLAH berkati ukhuwah yang terjalin sekian lama ini...
susah senang dalam shaff yang tersusun kukuh....telah kita harungi bersama-sama...
gelak ketawa dan air mata telah d kongsi bersama...
aku sangat mengharpkan kita menjadi antara gol yg mendapat naungan arasy ALLAH d akhirat kelak kerana kasih sayang yang dibina atas redha ALLAH...bertemu dan berpisah keranaNYA...dalam shaff yang tersusun kukuh....

surat buat kakak...

kakak..kakak apa khabar..adik baik2 ja di sini...lama kan kita xjumpa.hmm..banyak yang adik nak bercerita ngan kakak.2 minggu lagi adik dah nak duduki exam PMR,jadi sekolah adik ada buat satu majlis iaitu 'RESTU',ibu bapa dijemput hadir.memang terasa la kak debaran nak exam,sedangkan preparation masih belum cukup..kakak doakan adik ya.k,sambung semula..untuk majlis tu,mak adik x dapat hadir,abah adik ja yang hadir...mula2 memang rasa sedih sebab  kalau boleh dua-dua datang untuk bagi kekuatan hati kat adik.tapi xpalah,adik redha.bila majlis berlangsung,adik duduk sebelah abah adik.majlis bermula...yang mengetuai majlis tu pengetua sekolah adik sendiri,dengar suara nya saja dah cukup menyayukan hati..sampai satu masa dia meminta setiap ibu bapa dan anak saling berpegang tangan..sedih adik kak...xdanya tangan mak yang genggam tangan adik,hanya abah.namun, genggaman abah pun sudah cukup untuk buat adik tersentuh hati..akak tahu kenapa?sebab bila adik lihat ja tangannya yang kasar tu,adik teringat penat lelah dia bekerja tanpa kira hujan atau panas,bertarung nyawa di perairan...tangannya yang kasar dan seolah2 macam bersisik kerana sering peganng  ikan dan pukat..kukunya pun tidak sebersih kuku kita kebiasannya...air mata adik sudah tidak sabar2 untuk mengalir kak..kemudian,pengetua meminta salah seorang dr ibu atau bapa dan anak saling bertentang mata..di saat itu,adik dah xdapat tahan air mata lagi dah,adik lepaskan ja kak...xdapat nak diungkapkan dengan kata2..kesusahan dan kesakitan yang dia hadapi semasa menarik pukat di laut x pernah di ungkit-ungkitkan..asalkan anak2 dapat belajar,dia xpernah benarkan adik fikir soal duit..pernah dia cakap "kakak belajr ja,pasal duit tu xpayah fikir2,tu keja abah,xda duit cakap"...terasa macam air terjun dah air mata adik masa tu kak...dari situ adik berazam untuk belajr dan berjaya dalam exam kali ni...tiba masa part majlis yang terakhir...setiap ibu bapa perlu meletakkan tangan di atas kepala anak masing-masing dan mengikut bacaan doa yang diketuai pengetua...kakak,di saat ini semangat adik jatuh dan luntur kembali..adik terfikir,tiada guna doa yang diungkapkan abah kerana abah tidak mendirikan solat..di saat itu,adik terfikir siapalah yang berdoa untuk adik..mak adik pun tidak mendirkan solat..patutkah adik fikir begitu..adik tahu mana ada ibu bapa yang x sayangkan anak2 nya dan x mendoakan kebaikan untuk anak2nya...namun adik terfikir,diterima kah doa seseorang jika dia tidak mendirikan solat..bukankah segala amalan akan sia2 jika kita x solat...sedangkan hati adik mengharpkan sangat2 doa dr mak yang dimakbulkan ALLAH..adik nak berjaya kak...sepanjang bacaan doa tu,x berhenti-henti air mata ni mengalir kak....sayu sangat hati ni kak..
beberapa hari berlalu.lepas selesai solat zohor, adik teringat kembali peristiwa dalm majlis tu...adik x sepatutnya berfikir demikian...ujian ALLAH kpda seseorang berbeza-beza kan kak...mungkin jauh dari sudut hati adik mengimpikan keluarga yang dekat dengan ALLAH,tp keluarga adik sebaliknya..ini pastinya ujian buat adik kan kak..ALLAH bg peluang adik masuk sekolah agama pasti ada sebabnya....adik perlu jadi ejen perubah dalam keluarga adik walaupun diri adik sendiri banyak sangat dosa kak..dosa2 lampau yang sering adik ingat...kakak,tolong doakan adik agar sentiasa berubah ke arah yang lebih baik ya..dan doakan semoga adik kuat untuk bawa diri adik dan keluarga adik menjadi hamba ALLAH yang diredhai....adik doakan kakak sentiasa dirahmati ALLAH...walaupun kita bukan seibu dan sebapa namun adik dah anggap kakak macam kakak adik sndri...semoga bertemu dalam warkah seterusnya..

artikel-artikel-best: Benarkah Allah Wujud??

artikel-artikel-best: Benarkah Allah Wujud??: Di pinggir sebuah bandar, seorang lelaki berbadan tegap merenung tajam lelaki tua yang berada di depannya. "Wahai ulama. Katakan kepadaku,...

Thursday, October 6, 2011

buat diriku yang terumbang ambing...'APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG'

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan... 



sumber:Qathrunnada

Monday, October 3, 2011

Pengalamanku bersama Syeikh Ahmad Yassin di dalam penjara


Oleh : Saamir Khuwairah (wartawan www.islam-online.net) yang telah menemuramah Ir. Farid Ziadah yang pernah mendiami sel penjara bersama as-syahid Syeikh Ahmad Yassin.

Ketika pihak rejim Zionis Israel memberikan peluang kepada tahanan HAMAS di penjara pusat Nablus untuk ditukarkan ke Kufr Yuna pada tahun 1994, Farid Ziadah , salah seorang aktivis HAMAS yang dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis tidak melepaskan peluang tersebut. Ini kerana itulah sahaja peluangnya untuk bertemu dengan seorang individu yang hebat yang sentiasa beliau impikan untuk bertemu dengan individu tersebut.
Ketika beliau ditemui untuk di wawancara di rumahnya di sebuah kampung yang bernama Madama di Selatan Nablus, beliau telah mengimbas kembali kenangannya bersama Syeikh Ahmad Yassin di penjara Kufr Yuna yang tidak dapat dilupakannya. Beliau telah menceritakan bagaimana sepanjang tempoh beliau bersama dengan Syeikh Yassin di dalam satu sel untuk berkhidmat kepada pejuang agung tersebut dan amat berbangga dengan tempoh yang beliau habiskan untuk khidmat tersebut.
Ziadah menceritakan: Ianya semua bermula apabila para tahanan HAMAS diberikan peluang untuk berpindah ke penjara Kufr Yuna di mana Syeikh Yassin tinggal. Saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu lebih dekat dengan Syeikh Yassin yang merupakan satu gambaran kepada mukjizat keimanan di zaman ini.
Ziadah menambah lagi : Bukan hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk bertemu dengan Syeikh Yassin , malah ramai lagi yang terdiri daripada penyokong-penyokong dan murid- murid Syeikh turut meminta untuk bersama dengannya. Keadaan ini telah memaksa anggota- anggota HAMAS di penjara pusat Nablus untuk melakukan undi bagi memilih siapa yang layak untuk dipindahkan ke Kufr Yuna demi memberikan khidmat kepada Syeikh Yassin yang amat mereka sayangi. Ditakdirkan oleh Allah, Ziadah telah terpilih untuk tugas yang mulia tersebut.
Program seharian Syeikh Ahmad Yassin di penjara

Ziadah telah menceritakan hari-hari yang dipenuhi dengan kasih sayang, kerinduan, keimanan yang dilalui olehnya bersama dengan Syeikh Yassin dan juga keperitan yang dialaminya ketika berpisah dengan Syeikh tersebut, walaupun perpisahan tersebut adalah untuk pembebasannya dari penjara. Jika anda ingin memperkatakan tentang Syeikh Yassin, anda akan memperkatakan tentang program -program hidupnya yang padat, dan seolah-olah tubuhnya yang lemah itu bukanlah bekas untuk menampung ruh dan jiwanya yang besar dan aktif tersebut.
Beliau mengatakan : Beliau sentiasa bangun pada pukul 3 pagi untuk bertahajjud, membaca al-Quran sementara menantikan solat Subuh
Al-Quran sentiasa menjadi teman karib Syeikh Ahmad Yassin
Waktu-waktu selepas solat Subuh beliau habiskan untuk bersama dengan tuhannya dengan membaca al-Quran. Waktu-waktu tersebut seolah- olah melupakan beliau terhadap kesempitan hidup beliau di penjara dan membuka keluasan rahmat Allah di hadapannya. Aktiviti tersebut berterusan sehinggalah pintu sel dibuka untuk para tahanan keluar untuk bertemu di antara satu dengan lain di dalam kawasan penjara.
Waktu tersebut digunakan oleh Syeikh untuk mengambil udara segar dan bertemu dengan para tahanan yang lain. Ziadah dan juga rakan- rakan yang lain memapah Syeikh yang ingin bersama dengan para tahanan lain yang melakukan riadah. Ia menunjukkan seolah-olah Syeikh tidak mahu menyerah dengan lumpuh yang dihadapinya, dan seolah-olah beliau ingin membuktikan kepada pegawai-pegawai penjara bahawa beliau tetap bertenaga dan tidak akan menyerah kalah.
Kami juga akan mengurut dan menggerak- gerakkan sendi-sendi Syeikh sebagai salah satu daripada rawatan terapi untuk tubuhnya yang lumpuh itu, dan kami bagai dapat merasakan darah yang mengalir itu terkandung di dalamnya semangat perjuangan yang tidak akan terpadam. Selepas itu kami akan masuk semula ke dalam sel, di mana Syeikh akan berwudhu dan bersolat dhuha, sambung beliau.
Perpustakaan yang intensif di dalam sel yang kecil
Selesai sahaja solat, Syeikh akan mengkhususkan waktunya untuk ilmu. Dia akan segera dibawa ke perpustakaan mininya yang intensif dengan pelbagai buku di dalam selnya yang kecil. Beliau tidak jemu menatapi helaian-helaian buku di perpustakaan tersebut demi menajamkan pemikirannya. Menurut Ziadah, beliau bukan hanya membaca, malah daya ingatannya yang kuat telah membolehkannya menghafal maklumat hatta isi kandungan buku-buku yang dibacanya. Beliau amat menggemari buku gal-Bidayah wa al-Nihayah(buku sejarah Islam) karangan Ibnu Kathir yang mengandungi 20 jilid. Beliau juga sering meminta pembantu-pembantunya untuk menguji ingatan dan hafalannya terhadap apa yang beliau dapat dari buku tersebut. Lebih menarik lagi, beliau ingatkan muka surat yang terkandung di dalamnya maklumat yang beliau telah baca.
Selesai aktiviti keilmuan, beliau akan bersolat Zohor bersama dengan pembantu- pembantunya, dan akan tidur selepas itu selama sejam, dan apabila beliau bangkit dari tidurnya beliau akan menghabiskan waktu menonton rancangan berita televisyen, mendengar radio dan juga mendengar nasyid-nasyid Islami. Beliau amat menggemari nasyid-nasyid Islami. Selepas aktiviti tersebut, Syeikh akan segera ke perpustakaannya kembali untuk membaca sehingga tiba waktu Asar. Selepas Asar beliau akan membaca al-Quran yang menjadi wirid hariannya. Selesai sahaja menghabiskan wirid-wirid tersebut, beliau aka n makan bersama pembantu-pembantunya. Mereka hanya makan makanan yang mereka masak sendiri sahaja dan bukan yang disediakan oleh pihak penjara. Selepas itu mereka keluar bersama untuk beriadah. Waktu riadah mereka diasingkan daripada waktu riadah banduan-banduan jenayah, agar mereka tidak bertemu dan tidak diganggu.
Syeikh akan kembali ke selnya untuk berwudhu dan mempersiapkan diri untuk solat Maghrib bersama dengan yang lain. Usai solat Maghrib mereka akan menunaikan solat sunat sambil menantikan waktu Isyak. Selesai solat Isyak, mereka akan bertadarrus dan menyemak hafalan al-Quran mereka bersama Syeikh.
Tidak untuk bermalas-malasan dan membuang masa
Syeikh tidak sukakan keadaan santai dan bermalas-malasan pada waktu malam. Beliau juga tidak suka berjaga sehingga lewat malam. Beliau juga amat sedikit meminum teh dan tidak langsung meminum kopi. Biasanya mereka akan berehat- rehat sahaja sebelum tidur.
Semangat Syeikh Ahmad Yassin membakar sehingga kini walaupun jasadnya hancur di mamah roket rejim Zionis

Beliau juga seorang yang amat mudah mesra dan suka bergurau, tetapi tidak berlebihan. Walaupun keluarganya tidak dapat menziarahinya selalu, namun beliau tidak pula merasakan kesedihan seperti kebanyakan banduan yang sentiasa merindukan ahli keluarga mereka.
Ziadah juga menceritakan bagaimana Syeikh menghidapi sakit perut dan telinganya dan sentiasa sabar menghadapinya. Telinganya juga tidak dapat mendengar dengan normal, malah para pembantunya sering memasangkan ear-phone untuk Syeikh mendengar televisyen.
Rakan penjaraku
Ziadah juga sempat menceritakan ketajaman pemikiran Syeikh Yassin dan juga keperibadiannya yang diwarnai dengan pelbagai warna politik, figur agamawan, figur intelek dan juga universalitinya. Ini semua membuatkan Syeikh mudah didampingi dan didekati oleh sesiapa sahaja.
Beliau sempat menceritakan perihal gelas kecil milik Syeikh Ahmad Yassin yang kelihatan agak lama digunakan olehnya. Bila beliau menawarkan untuk menggantikannya dengan yang baru, Syeikh segera menolak dan mengatakan gelas itulah temannya di penjara semenjak dahulu lagi. Syeikh juga mengatakan saiz gelas itu sesuai untuknya menyukat bilangan air yang diminumnya seharian. Apabila dibalas oleh Ziadah bahawa beliau akan menggantikanya dengan gelas yang baru yang sama saiz dengannya Syeikh segera menjawab : gApalah untungnya menggantikan sesuatu yang lama dengan yang baru jika yang lama masih lagi elok
Perpisahan yang memeritkan
Ketika Ziadah menceritakan saat perpisahan beliau dengan Syeikh, beliau tidak dapat mengawal emosinya, dan air matanya bagaikan empangan yang pecah tanpa dapat dihalang alirannya. Kata beliau , Ketika pengurusan penjara memberitahu bahawa saya akan dibebaskan setelah selesai menjalani dua pertiga dari tempoh tahanan saya, saya langsung tidak berminat untuk keluar sepertimana halnya banduan-banduan yang lain. Saya merasakan keberadaan bersama Syeikh Yassin di dalam penjara lebih berharga buat diri saya, namun Syeikh memberikan semangat kepada saya untuk keluar dari penjara. Akhirnya saya akur dan menurut perintah Syeikh lantas keluar meninggalkan penjara tersebut.
Saat pengumuman pembebasannya oleh pihak mahkamah yang sepatutnya diserikan dengan perasaan kegembiraan bertukar kepada tangisan kesedihan kerana tidak sanggup menghadapi saat perpisahan dengan Syeikh Ahmad Yassin.
Seminggu sebelum tarikh pembebasannya dia berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu dari Syeikh, namun semuanya berkecai apabila dia diperintahkan untuk dibebaskan dengan segera. Beliau walaubagaimanapun enggan meninggalkan Syeikh selagi pihak penjara tidak menghantar pembantu baru untuk Syeikh. Apabila seorang pembantu baru yang didatangkan dari penjara lain dihantar kepada Syeikh Yassin, barulah dia dapat meninggalkan Syeikh tersebut.
Saat perpisahan yang dilaluinya amat sedih dan pilu dan tidak mungkin beliau melupakannya. Dia masih terbayangkan bagaimana Syeikh Ahmad Yassin telah menyuruhnya pergi selepas beliau memeluk Syeikh dan tenggelam di dalam tangisannya. Susuk tubuh Syeikh melambaikan tangannya di lapang riadah masih terbayang di dalam kotak pemikirannya sehingga kini. Perpisahan kali pertama itu tidak akan dapat dilupakan sepertimana dia tidak melupakan perpisahan kali kedua apabila tubuh Syeikh Ahmad Yassin hancur dimamah roket tentera Israel.
Syeikh yang kuat berpuasa
Bukan hanya Ziadah seorang sahaja yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin. Sameeh Alawi, seorang anggota HAMAS dari Nablus juga pernah berkhidmat untuk Syeikh di dalam penjara selama 100 hari. Hari-hari bersama Syeikh Ahmad Yassin adalah saat-saat yang paling indah dalam hidupnya, walaupun sepanjang 100 hari tersebut mereka ditempatkan di dalam sel yang amat kecil yang tiada cahaya matahari dapat menerobos masuk ke dalamnya.
Sameeh ketika menceritakan perihal Syeikh Ahmad Yassin telah mengatakan : Syeikh akan bangun pagi dua jam sebelum solat Subuh untuk menunaikan Qiyamullail. Di siang harinya pula beliau amat rajin berpuasa. Beliau tidak ketinggalan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Beliau juga banyak menghabiskan waktunya untuk membaca al-Quran, dan mendengarnya bersama dengan para pemuda di penjara. Syeikh membaca 3 juzuk dalam sehari dan mendengar bacaan al-Quran sejuzuk sehari. Syeikh amat gemar membaca buku al-Bidayah wa al-Nihayah, mendengar berita dan juga menonton rancangan-rancangan agama di T.V.
Menurut Alawi lagi : Para pemuda di penjara berlumba-lumba untuk berkhidmat kepada Syeikh. Mereka juga gemar mendengar kata-kata dan juga nasihat-nasihat Syeikh. Walaupun beliau tidak banyak bercakap, namun kata-katanya yang sedikit itu penuh dengan hikmah dan pengajaran.
Antara mereka yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau di dalam penjara ialah Syeikh Diyaf al-Samur dari Ramallah, di mana Syeikh telah menulis surat kepadanya dengan menggunakan tulisan tangannya sendiri dengan penuh kepayahan. Ini kerana Syeikh amat sayangkan beliau. Antara yang lain juga ialah Syeikh Naaji Sinqrit dari Khalil (Hebron), Syeikh Sameeh Zainuddin, seorang akauntan dari Bait Lid berdekatan dengan bandar Netanya, Syeikh Nidhal Abu Saadah dari Bait Dujan, dan juga Ir. Farid Ziadah dari Madama.
Hatta pegawai penjara pun sukakan Syeikh Yassin
Syeikh bukan hanya disukai oleh para pemuda muslim yang bersama dengannya, yang lebih menarik lagi, para pegawai penjara Israel yang berketurunan Yahudi pun ada yang mengkagumi dan menyukai beliau. Antaranya ialah salah seorang pegawai penjara yang merahsiakan namanya telah mengatakan : Saya tidak melihat apa-apa pun pada peribadi Syeikh Yassin yang menunjukkan beliau seorang pengganas.
Saya merasakan ketenangan dan juga berasa senang sekali jika dapat mengawalnya, hatta apabila berdiri berdekatan dengannya pun. Inilah yang mungkin dapat dirasakan oleh para pemuda yang telah berkhidmat kepadanya
Beliau menambah : Saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau (Syeikh) di dalam penjara ketika beliau bersama rakan-rakanya. Dan saya dapat merasakan bahawa HAMAS akan mengamuk jika Syeikh ini diapa-apakan oleh sesiapa pun. Beliau adalah bapa spiritual kepada HAMAS!. (Kenyataan ini telah dinyatakan oleh pegawai berkenaan di dalam sebuah rancangan Talk Show di salah sebuah rangkaian Televisyen Israel pada malam Sabtu 3 / 4 / 2003).

SUMBER:http://palestinkini.info/?p=427

Syeikh Ahmad Yassin: Bapa Intifadah Palestin

marilah kita telusuri perjuangan mujahid yang setia berada dalam perjuangan Islam yang mana ketidakupayaan nya tidak melemahkan semangat as syahid,bahkan ucapannya menggentarkan musuh-musuh ALLAH....


Syeikh Ahmad Yassin
Dipetik dari buku Syeikh Ahmad Yassin – Bapa Intifadah Palestin oleh Ustaz Maszlee Malik.
Sedikit latar belakang As-Syahid
Nama asal – Ahmad bin Ismail bin Yassin
Dilahirkan di daerah Wilayah Asqalan, beliau dihalau keluar dari kampung halaman dan berhijrah ke Semenanjung Gaza diusia seawal 10tahun (1948). Bermula dari situlah beliau tinggal bersama – sama ibunya serta seorang lagi saudaranya mula menetap di Gaza. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran sehingga disayangi oleh para guru di sekolah. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sukan sehinggalah pada usia 16 tahun, beliau mengalami kecederaan ketika melakukan riadhah di pantai yang mengakibatkan beliau lumpuh pada bahagian kaki. Namun, kelumpuhan tersebut tidaklah melumpuhkan semngat beliau dalam pelajaran mahupun aktiviti islam.
Disebabkan kesempitan hidup, beliau menangguhkan pelajaran selama lebih kurang 3 tahun untuk membantu keluarga. Walaubagaimanapun, beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Shams di Kaherah pada tahun 1964. Namun begitu, setelah 2 tahun, beliau dipenjarkan oleh pihak berkuasa Mesir selama sebulan kerana penglibatan beliau dengan Ikhwanul Muslimin ketika itu.
Sepulangnya beliau ke Gaza, beliau meneruskan kehidupan dengan menjadi khatib Masjid Gaza dan juga menjadi guru Bahasa Arab. Dengan waktu yang singkat, beliau begitu terkenal dikalangan penduduk Gaza dengan khutbah – khutbahnya terutama berkenaan pendudukan rejim Zionis di kawasan Semenanjung Gaza pada tahun 1967.
Beliau juga merupakan pekerja kebajikan dan pendakwah yang gigih. Beliau banyak mendidik golongan muda dengan ajaran islam. Hasilnya, Ikhwanul Muslimin berkembang di Gaza pada tahun 1969 – 1970.
1973 – Penubuhan Mujamm’ al Islam ( Akdemi Islam) yang merupakan sebuah pertubuhan yang menjaga kebajikan para pelarian Palestin.
1982 – Penubuhan Al Mujahidun Al Filastiniyun yang merupakan gerakan jihad Palestin.
Pada tahun 1983, beliau ditangkap dan dipenjara oleh pihak rejim dengan tuduhan memiliki senjata api dan cubaan menggugat kerajaan Zionis Israel. Beliau dihukum penjara selama 13 tahun. Namun begitu, beliau hanya berada di dalam penjara selama lebih kurang 11 bulan hasil pertukaran tahanan diantara pihak PLO dan pihak rejim.
Setelah melihat keadaan negara – negara Arab yang mula tidak bersemangat untuk membebaskan Palestin, juga pihal PLO yang mula bertolak ansur dengan pihak rejim, beliau menubuhkan Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS) pada tahun 1987. Kebanyakan ahli adalah merupakan pemuda – pemuda yang sangat dekat hati mereka dengan masjid. Nyata pergerakkan ini memberi impak yang besar kepada pihak rejim dan dikenali sebagai Intifadah.
Pihak Zionis mula merasa bahang pergerakkan ini dan natijahnya, pada Ogos 1988, beliau dihalau ke selatan Lubnan manakala rumah beliau dirobohkan. Tidak cukup dengan itu, pada 18 Mei 1989 beliau dan ratusan ahli HAMAS yang lain dipenjara oleh pihak Zionis kerana telah membunuh tentera – tentera dan komando -komando Israel. Sekali lagi, hukuman penjara selama 15 tahun dijatuhkan ke atas beliau. pada 16 Oktober 1991 atas sabit kesalahan mebunuh, menculik dan menyerang tentera Zionis.
Sungguh menyedihkan apabila akibat penahanan tersebut, kesihatan beliau mula terjejas. Beliau telah lumpuh seluruh badan kecuali kepala, hilang penglihatan sebelah kanan dan kabur di sebelah kiri, juga masalah pendengaran akibat tekanan dan penderaan selama di dalam penjara. Beliau juga sering menghidap jangkitan paru – paru dan abdomen sepanjang tempoh tersebut.
Pada 1 Oktober 1997, hasil rundingan pertukaran tawanan antar pihak Jordan dan Zionis telah membebaskan Syeikh Ahmad Yassin. Beliau ditukar dengan 2 perisik rejim ditangkap setelah gagal dalam cubaan membunuh Ketua Biro Politik Hamas di Amman, Jordan.
Sejurus pembebasan, beliau kembali aktif dalam memimpin HAMAS. September 2000 menyaksikan tercetusnya Intifadah ke – 2 setelah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon mencemar Masjidil Aqsa bersama 200 tentera. Kesannya amat besar pada pihak rejim. Penentangan setiap hari dengan semangat yang tidak pernah luntur menyebabkan pihak rejim terpaksa melakukan pelbagai usaha untuk meredakan menentangan tersebut termasuk membunuh orang – orang awam dan membunuh pejuang dan pemimpin Palestin.
Kesannya, ramai pemimpin HAMAS yang telah syahid dibunuh oleh pihak rejim. Syeikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut. Pada 6 September 2003, sebuah helikopter Apache telah membedil rumah beliau dengan usaha untuk mebunuh beliau namun dengan kuasa Allah SWT, nyata usaha tersebut gagal.
Namun, pada subuh 22 Mac 2004 sekali lagi mereka berusaha untuk membunuh beliau ketika beliau dalam perjalanan dari masjid. Sungguh, Allah telah memakbulkan doa beliau untuk mati sebagai seorang syahid. Betapa dunia menyaksikan ketakutan dan kekejaman rejim Zionis hanya kepada seorang lelaki berkerusi roda, yang hanya mampu menggerakkan kepala. 3 bedilan roket dilancarkan hanya untuk membunuh lelaki selemah ini. Sungguh, semangat beliau tidak memerlukan tubuh yang sasa untuk menakutkan musuh.


Semoga berbahagia engkau As Syahid di sisi Allah.
sumber:
http://msmcork.wordpress.com/2008/01/07/syeikh-ahmad-yassin-bapa-intifadah-palestin/